Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Kewangan Unit Perniagaan Strategik (SBU) bersama Ahli MPU telah selesai dijalankan pada 28 – 30 Oktober 2022 di Hotel Noble, Melaka. Projek khas untuk mewujudkan garis panduan ini telah dimulakan sejak Ogos dan dijangka selesai pada November 2022. Usaha, komitmen dan sepakat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Graduates School of Business (UKM-GSB) dan Jabatan Bendahari UKM membawa berkat. Moga usaha ini dapat dimanfaat oleh pelbagai pihak kelak.