Lawatan Bahagian Strategi Pembangunan Hartanah ke Driving Range Nilai Springs

23 Ogos 2022

Pada 22 Ogos 2022, Bahagian Strategi Pembangunan Hartanah, Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) telah mengadakan sesi lawatan ke Driving Range Nilai Springs. Lawatan ini bertujuan meninjau potensi pembangunan dan mendapatkan gambaran awal mengenai pengurusan serta operasi fasiliti tersebut, sebagai rujukan kepada perancangan strategik hartanah UKM pada masa hadapan.