STRATEGI PEMBANGUNAN HARTANAH

Bahagian Strategi Pembangunan Hartanah bertanggungjawab merancang, menilai dan melaksanakan projek-projek penjanaan pendapatan baharu yang dicadangkan oleh Universiti, Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), Pusat Tanggungjawab (PTJ), serta agensi atau pihak swasta dari luar.

Antara pelaksanaan projek bawah bahagian Strategi Pembangunan Hartanah adalah

  1. Projek pengubahsuaian dan menaik taraf Kolej Ibu Zain (KIZ)
  2. Projek naik taraf dan penambahbaikan fasiliti penginapan Blok 2 & 3, Kolej Keris Mas Kampus Bangi.
  3. Majlis Perasmian Pecah Tanah Laman Ilmu@UKM

Selain itu, bahagian ini turut menyediakan khidmat sokongan dan kepakaran dalam membantu PTJ merangka cadangan projek hartanah yang berpotensi menjana pendapatan kepada Universiti. Ini termasuk panduan dalam penyediaan kertas cadangan, penilaian kelayakan, penyelarasan teknikal, dan pematuhan terhadap dasar serta garis panduan pembangunan hartanah UKM.

Sekiranya anda berminat untuk mengemukakan cadangan projek penjanaan pendapatan baharu yang melibatkan aset hartanah UKM, sila hubungi pegawai di Bahagian Strategi Pembangunan Hartanah seperti berikut:

Hubungi Kami