Mesyuarat bersama YAB Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

10 September 2025

4 September 2025, Khamis: Mesyuarat bersama YAB Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor.
 
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari. Mesyuarat ini bagi membincangkan serta menyelesaikan isu isu yang melibatkan tanah hakmilik Universiti Kebangsaan Malaysia.
 
Mesyuarat ini telah dihadiri Naib Canselor UKM Prof. Dr. Sufian Jusoh, Pro Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana) Prof. Sr. Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani, Timbalan Pengarah Eksekutif (Strategi Pembangunan Hartanah) JANA@UKM, Prof. Madya Ar. Dr. Mohd Farid Mohamed,
Turut dihadiri juga Pengarah Jabatan Pembangunan MPKj TPr. Haji Reduan Idris, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPKj Ir. Fadilah Razalli, wakil dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor serta wakil dari Pejabat Tanah & Daerah Hulu Langat.