Perbincangkan Penubuhan Klinik Satelit Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

24 April 2025

Satu Mesyuarat telah diadakan pada 23 April 2025 di Bilik Mesyuarat Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) bagi membincangkan Penubuhan Klinik Satelit Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Menjalankan Fungsi Naib Canselor UKM.
 
Turut hadir, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan, Industri & Masyarakat), Prof. Madya Dr. Zahara Abdul Manaf, Penolong Dekan (Perkhidmatan Klinikal), Prof. Madya Dr. Masne Kadar, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) JANA@UKM, YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh@Hussain, Ketua Unit Perkembangan Kerjaya Jabatan Pendaftar, Encik Zaidi Mohd Nor, Ketua Unit Pusat Kajian Diagnostik, Teraputik & Penyiasatan (CODTIS), Puan Norhafidzah Mohamed Sharif dan Pegawai Tadbir JANA@UKM, Puan Nasywa Sahrozi.