Mesyuarat Pemantuan Kemajuan Kerja dan Lawatan Tapak Bagi Projek Perkhidmatan Solar UKM

30 Mei 2025

Mesyuarat pemantuan kemajuan kerja dan lawatan tapak bagi projek Perkhidmatan Solar UKM bersama pihak bank dan syarikat telah diadakan di tapak pemasangan solar, sekitar kampus Bangi UKM pada 29 Mei 2025.
 
Perbincangan dan lawatan tapak ini dihadir oleh YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Bin Hussain, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) JANA@UKM, Puan Nasywa Sahrozi, Pegawai Tadbir JANA@UKM, wakil pihak PV Hi Tech Solar Sdn Bhd dan wakil pihak Bank.