Perbincangan Cadangan Kerja-Kerja Menaik Taraf Dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh (DTAMS)

5 Jun 2025

Perbincangan Cadangan Kerja-Kerja Menaik Taraf Dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh (DTAMS) pada 4 Jun 2025.
Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti & Digital), JANA@UKM.
 
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Penyelenggaraan & Operasi) JPP UKM, Ts. Herwan Sham Harun, Ketua Unit Elektrik JPP UKM, Encik Mohamad Shahril Hussain, Ketua Unit Mekanikal JPP UKM, Ts. Khairul Anuar Hamid, Wakil JPP UKM dan Wakil JANA@UKM.
 
Perbincangan ini dijalankan bagi memastikan kemudahan dan fasiliti yang disediakan di DTAMS berada dalam keadaan baik sekaligus dapat memberikan manfaat dan keselesaan kepada warga UKM yang menggunakannya.