Lawatan Tapak Susulan bagi Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria

16 Jun 2025

Lawatan Tapak Susulan bagi Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria di bawah peruntukan Kementerian Ekonomi telah dijalankan di Bangunan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Fakulti Perubatan UKM pada 12 Jun 2025.
 
Lawatan tapak susulan ini adalah bagi mengenalpasti bangunan-bangunan yang sesuai untuk pemasangan panel solar.
 
Lawatan ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) JANA@UKM, YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh@Hussain, Dr. Halim Hj. Razali (SERI), Encik Mohd Farif Abd Rahman (JPP KKL) Encik Mohamad Afiq Firdaus (SEDA), Ir. Mohd Khairi (JKR), Encik Nuriman Amir (JKR) dan Encik Uzair (JKR), wakil JPP KKL dan wakil JANA@UKM.