Mesyuarat Membincangkan Tentang Kualiti Perkhidmatan dan Makanan yang Disediakan oleh Syarikat Desatera Sdn. Bhd.

21 Julai 2025

Satu mesyuarat bersama Syarikat Desatera Sdn. Bhd. telah diadakan pada 21 Julai 2025 di Kafeteria Canseloria, Bangunan Canselori, UKM. Mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan tentang kualiti perkhidmatan dan makanan yang disediakan oleh pihak syarikat.
 
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Hussain, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) JANA@UKM.
Turut hadir Puan Nasywa Sahrozi, Pegawai Tadbir JANA@UKM, wakil JANA@UKM dan wakil syarikat Desatera Sdn. Bhd.