Pada 15 Ogos 2025, Bahagian Pembangunan Pendapatan, JANA@UKM telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI).
Delegasi JANA@UKM diketuai oleh Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan), Dr. Afifuddin Husairi Hussain, bersama Pegawai Tadbir serta kakitangan pelaksana. Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Eksekutif (Kelestarian), Prof. Sr. Ts. Gs. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud, Pusat Strategi UKM.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk berkongsi perkembangan projek-projek berkaitan kecekapan tenaga yang sedang dijalankan oleh UKM, di samping memperkukuh jalinan kerjasama dengan pihak SERI dan JANA@UKM.
Melalui pertemuan ini, JANA@UKM, Pusat Strategi UKM dan SERI telah membincangkan potensi kolaborasi strategik dalam memperkasa perancangan pelaksanaan Net Zero Campus UKM, seiring dengan aspirasi universiti untuk mencapai kampus mampan dan berdaya saing global.