Bengkel Pemurnian Proses Arahan Kerja Pengurusan Projek Penjanaan dan Aliran Tunai (Cashflow) Bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri telah diadakan di Port Dickson pada 11 Ogos 25 – 13 Ogos 25 yang lalu.
Bengkel ini telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Sr. Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana), YBrs. Tuan Haji Mohd Azli Mohd Kasirun (Bendahari UKM), Encik Zolkefli Mohamed (Pengarah JPP), Prof Madya Masli Irwan (Timb. Pengarah Keselamatan Pekerjaan, ROSH-UKM), Prof Madya Ar Dr. Mohd Farid Mohamed (Timb Pengarah Eksekutif Strategi Pembangunan Hartanah), Prof Madya Dr. Mustazar Mansur (Timb Pengarah Eksekutif Fasiliti dan Digital), Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh@Hussain (Timb Pengarah Pembangunan Pendapatan)
Turut dihadiri juga adalah YBrs. Dr. Fary Akmal Osman (Timbalan SUB Seksyen Pembangunan KPT), YBrs. Dr. Shahrul Azman Abd Razak (Pengarah, Unit Dasar, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri) serta wakil dari Seksyen Teknikal UKAS JPM dan wakil daripada Unit Kerjasama Awam Swasta & Pelaburan KPT