Pada 6 – 7 Oktober 2022 telah berlangsung Bengkel Semakan Pembangunan Tatacara Kewangan Unit Perniagaan Strategik (SBU) Bersama Pakar Bidang. Selain daripada kehadiran pakar bidang dalam, bengkel ini juga turut dihadiri oleh pakar bidang luar seperti wakil daripada Yayasan Sime Darby, Azita Consultancy dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Bengkel ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian idea bernas dalam membantu jawatankuasa ini bagi membangunkan satu tatacara kewangan SBU yang komprehensif.