Bengkel Semakan Semula Dasar Penjanaan Pendapatan dan Hasil Boleh Agih JANA@UKM

17 Jun 2022

Bengkel Semakan Semula Dasar Penjanaan Pendapatan dan Hasil Boleh Agih anjuran Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) telah diadakan pada hari Rabu, 16 Jun 2022 bertempat di Bangi Resort Hotel.

Tujuan bengkel ini adalah untuk menilai semula keberkesanan dasar penjanaan pendapatan dan hasil boleh agih yang sedia ada serta mencadangkan penambahbaikan bagi memastikan strategi penjanaan hasil universiti dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan dan mampan.

Bengkel ini turut melibatkan perbincangan bersama pelbagai pihak berkepentingan bagi mendapatkan input menyeluruh ke arah penambahbaikan dasar yang lebih selaras dengan keperluan semasa dan hala tuju strategik universiti.