Menetapkan hala tuju penjanaan pendapatan di UKM melalui dasar, prinsip dan ketetapan yang seragam untuk seluruh PTJ.
Menyediakan rujukan rasmi bagi semua proses, prosedur dan garis panduan berkaitan aktiviti penjanaan.
Memastikan pematuhan tadbir urus yang telus, teratur dan selaras dengan peraturan universiti.
Menyelaras pelaksanaan penjanaan agar setiap PTJ mengikuti standard yang sama dan mengurangkan ketidakseragaman amalan.
Meningkatkan kecekapan operasi PTJ dalam merancang, melaksana dan melaporkan aktiviti penjanaan.
Memudahkan proses semakan & audit dengan menyediakan dokumen dasar yang lengkap, mudah dicapai dan dikemas kini secara berkala.
Mengukuhkan integriti dan akauntabiliti melalui pematuhan kepada dasar, garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan.