JANA@UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

PEMBANGUNAN PENDAPATAN UKM

Bertanggungjawab untuk merancang, menilai dan melaksanakan projek penjanaan pendapatan baharu yang diusulkan oleh Universiti, Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan swasta/agensi luar. Selain itu, Bahagian Pembangunan Pendapatan menawarkan perkhidmatan untuk membantu PTJ membangunkan cadangan projek penjanaan pendapatan baharu untuk Universiti

Pihak yang berminat untuk mengusulkan cadangan penjanaan pendapatan baharu di UKM, boleh hubungi staf di Bahagian Pembangunan Pendapatan seperti di bawah:

Staf Bertanggungjawab:

  1. Nasywa Sahrozi – nasywasahrozi@ukm.edu.my
  2. Noor Irwan Amri – noorirwan@ukm.edu.my
  • Nombor Telefon: 03-8921 3955
  •                              : 03-8921 4663

                                          Projek Perkhidmatan Solar

Projek RFP Menaik Taraf F&B di UKM

Syarikat Brahim’s Holding Berhad melalui anak syarikatnya Desatera Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama bersama UKM melalui proses Pelawaan Untuk Cadangan atau Request For Proposal (RFP) bagi menaik taraf tapak F&B di UKM untuk tempoh 5 + 5 tahun.

Dua kafe iaitu Kafe Canseloria di Bangunan Canselori dan Kafe Randau Rasa di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh telah dibangunkan dan telah beroperasi sejak tahun 2017.

Pihak syarikat telah berjaya melaksanakan penyegaran F&B di UKM dengan memperkenalkan perkhidmatan penyediaan makanan yang lebih berkualiti. Kafe Canseloria merupakan premis makanan pertama di UKM yang menyediakan perkhidmatan F&B dengan konsep selesa dan santai yang sering dijadikan tempat untuk meraikan tetamu oleh pihak pengurusan serta warga UKM.

Manakala Kafe Randau Rasa telah dinaik taraf sebagai ‘food court’ yang lebih berkualiti dengan kemudahan ‘central kitchen’ yang memenuhi spesifikasi antarabangsa. Kafe Canseloria dan Kafe Randau Rasa juga merupakan dua premis makanan pertama di UKM yang mendapat penarafan gred A bagi Penggeredan Premis Makanan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).






Projek RFP Kad Kredit / Debit Alumni UKM

 

JANA@UKM telah membantu Pusat Perhubungan Alumni UKM untuk mendapatkan rakan strategik bagi cadangan mewujudkankan Kad Kredit/Debit Alumni UKM melalui proses Pelawaan Untuk Cadangan atau Request For Proposal (RFP).

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan kerjasama Affin Bank Berhad telah memperkenalkan Kad Kredit/ Debit Alumni UKM AFFIN mulai 16 November 2022 untuk kegunaan alumni serta alumni bersekutu.

Kad ini dilancarkan khusus untuk memberi penghormatan dan penghargaan kepada alumni. Ia diperkenalkan untuk menonjolkan identiti alumni UKM dan mewakili jalinan sepanjang hayat alumni bersama alma mater mereka.

Melalui kad ini, alumni serta alumni bersekutu dapat menikmati banyak keistimewaan yang ditawarkan oleh UKM dan Affin Bank