Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) telah dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Penajaan dan Penjanaan bagi Karnival Jom Masuk U 2025 (Zon Tengah II) yang telah diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS) UKM selama dua hari pada 10 hingga 11 Mei 2025. Pengurusan penjanaan karnival melalui pelantikan vendor merangkumi vendor makanan, minuman, cenderamata dan foodtruck telah dilaksanakan dengan jayanya. JANA@UKM adalah komited untuk membantu penjanaan kepada UKM.