JANA@UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Latar Belakang

Pusat Pengurusan Penjanaan UKM atau dikenali dengan nama JANA@UKM merupakan Pusat Tanggungjawab khusus yang diberikan tanggungjawab dalam memastikan urusan dan pelaksanaanpenjanaan pendapatan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ditubuhkan pada 1 Ogos 2015, selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dimana universiti perlu menjana pendapatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana awam.

Sasaran umum penjanaan yang ditetapkan adalah 30% dari keseluruhan kos operasi menjelang 2020. Penjanaan pendapatan digerakkan oleh JANA@UKM dengan penyertaan langsung dan bermakna oleh semua entiti. Sebarang aktiviti penjanaan pendapatan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati agar tidak menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap kewibawaan universiti sebagai institusi pendidikan dan penyelidikan yang tidak bermotifkan keuntungan.