Pada 7 September 2022, Bahagian Pengurusan Strategi Hartanah dan Bahagian Pengurusan Fasiliti dan Digital, Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) bersama Jabatan Pembangunan Prasarana UKM telah melaksanakan lawat periksa ke tapak berkenaan aduan pencerobohan tanah di kawasan universiti. Lawatan ini bertujuan untuk menilai keadaan sebenar dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan serta kelestarian aset tanah UKM terpelihara.