Pada 7 September 2022, Bahagian Fasiliti dan Digital, Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) telah mengadakan lawat periksa ke kiosk Richiamo Coffee sebagai rujukan bagi pembangunan dan penambahbaikan kafe di Akademi Siber Teknopolis UKM (AST). Lawatan ini bertujuan meninjau operasi, susun atur serta konsep penyediaan perkhidmatan yang boleh dijadikan contoh terbaik dalam merancang fasiliti kafe di AST.