Lawatan dan Perbincangan Awal Kerjasama Diantara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH)

14 September 2022

Lawatan dan Perbincangan Awal Kerjasama diantara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH).
UKM diwakili oleh Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti & Digital) JANA@UKM dan Prof. Madya Dr. Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai, Timbalan Dekan (Jaringan dan Alumni) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM.
Perbincangan diadakan bagi meningkatkan jalinan kerjasama diantara Tabung Haji (TH) kepada UKM bagi membantu menyediakan platform dari segi kewangan dan ruang fasiliti, khususnya di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) UKM bertujuan untuk menggalakkan dan memberi panduan kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti bidang keusahawanan.