Lawatan Jawatankuasa EKSA ke PTj Rintis EKSA Sempena Program Gotong-Royong Perdana EKSA UKM

12 September 2023

Sempena pelaksanaan Program Gotong-Royong Perdana EKSA UKM, satu lawatan rasmi telah diadakan oleh Jawatankuasa EKSA ke Pusat Tanggungjawab (PTj) rintis EKSA, JANA@UKM. Lawatan ini diketuai oleh En. Hazmir Zainal, Cik Tengku Nur Athirah Tuan Mohd Rosli dan Cik Evy Natasya, yang mewakili barisan Jawatankuasa EKSA universiti. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau pelaksanaan amalan EKSA di peringkat PTj serta menilai keberkesanan dan tahap pematuhan terhadap garis panduan serta kriteria penarafan yang telah ditetapkan.

Sepanjang lawatan, wakil jawatankuasa berpeluang melihat secara langsung inisiatif yang telah dilaksanakan oleh PTj rintis, termasuk aspek kebersihan, penyusunan ruang kerja, pelabelan aset, serta kreativiti dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif. Lawatan ini turut menjadi medan perbincangan dua hala dalam memberikan maklum balas membina serta galakan kepada warga PTj agar terus komited dalam menjayakan pelaksanaan EKSA. Usaha sebegini diharapkan dapat memperkukuh budaya kerja yang sistematik dan profesional di seluruh UKM.