Lawatan Tapak dan Sesi Pembentangan di Smart Rise Therapy Center, Seri Kembangan

24 Mac 2025

Satu lawatan tapak dan sesi pembentangan telah diadakan di Smart Rise Therapy Center, Seri Kembangan bagi membincangkan perancangan berkaitan penubuhan klinik satelit dengan kerjasama Syarikat Unigold Strategy Sdn Bhd.
 
Sesi ini lawatan dan pembentangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) JANA@UKM, YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh@Hussain.
 
Turut hadir, Dekan Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UKM, YBhg. Prof. Dr. Suzana Shahar, Timbalan Dekan (Jaringan, Industri, Alumni dan Masyarakat) FSK, YBrs. Prof. Madya Dr. Zahara Abdul Manaf, Penolong Dekan (Klinikal) FSK, Prof. Madya Dr. Masne Kadar, Pegawai Tadbir JANA@UKM, Puan Nasywa Sahrozi, wakil FSK, wakil JANA@UKM dan pihak Unigold Strategy Sdn Bhd.