Lawatan Tapak dan Sesi Pembentangan Telah Diadakan di Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UKM Kampus Kuala Lumpur (KKL)

26 Mac 2025

Satu lawatan tapak dan sesi pembentangan telah diadakan di Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UKM Kampus Kuala Lumpur (KKL) bagi membincangkan perancangan berkaitan penubuhan klinik satelit (Klinik Dementia) dengan kerjasama Syarikat Premier Integrated Rehab.
 
Sesi ini lawatan dan pembentangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) JANA@UKM, YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh@Hussain.
Turut hadir, Dekan Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UKM, YBhg. Prof. Dr. Suzana Shahar, Pengerusi Pusat Kajian Penuaan Sihat & Kesejahteraan (H-Care) YBrs. Prof. Madya Dr. Arimi Fitri Mat Ludin, wakil H-Care, Prof. Dr. Devinder Kaur Ajit Singh, Penyelaras Klinik Psikologi Klinikal, Puan Nurul Syasya Mohd Ridzwan Goh, Ketua Jabatan Pembangunan Prasarana KKL, En Zaismafendi Ismail, Penolong Pendaftar Jabatan Pendaftar KKL, Encik Mohamad Akmal Syahir Mohamad Zabidi, Pegawai Tadbir JANA@UKM, Puan Nasywa Sahrozi, wakil Perkhidmatan Klinik Sihat@UKM, Puan Norhafidzah Mohamed Sharif, wakil Jabatan Bendahari KKL, Puan Suraya Samsulbaharin, wakil JANA@UKM dan pihak Premier Integrated Rehab.