Lawatan Tapak Pembukaan Pengoperasian Kedai Serbaneka MyNews Retail di Kolej Ungku Omar
10 Julai 2025
Lawatan Tapak Pembukaan Pengoperasian kedai serbaneka MyNews Retail di Kolej Ungku Omar oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti & Digital) JANA@UKM, turut hadir wakil syarikat dan wakil JANA@UKM.
Syarikat MyNews telah memulakan operasi pada 7 Julai 2025 dengan waktu perniagaan bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 malam.