Pada 21 Ogos 2025 (Khamis), Bahagian Pembangunan Pendapatan JANA@UKM telah mengadakan lawatan dan sesi perbincangan strategik bersama pihak Tadika Tunas, Fakulti Pendidikan UKM.
Objektif lawatan ini adalah bagi mendapatkan gambaran awal tentang pengurusan tadbir urus dan operasi semasa Tadika Tunas UKM, meneliti kemudahan sedia ada, serta meneroka idea bagi memperkasa perancangan penubuhan Pusat Jagaan Kanak-Kanak UKM yang lebih holistik dan inklusif.
Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh @ Hussain, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) JANA@UKM, Puan Intan Nur Ain Isewan & Puan Salmiah Bujang, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Fakulti Pendidikan UKM dan wakil JANA@UKM – En. Noor Irwan Amri dan Cik Husna Shakira Mohamad Nor.
Lawatan ini membuka ruang kerjasama lebih kukuh antara JANA@UKM dan Fakulti Pendidikan UKM dalam membangunkan ekosistem penjagaan kanak-kanak yang kondusif, berkualiti, serta menyokong aspirasi UKM sebagai universiti lestari dan mesra komuniti.