Lawatan Tapak Projek Perkhidmatan Solar UKM di Pusat Kesatria UKM

27 Ogos 2025

Lawatan tapak Projek Perkhidmatan Solar UKM di Pusat Kesatria UKM telah diadakan pada 27 Ogos 2025.
 
Lawatan ini diadakan sebagai langkah awal untuk memahami keadaan semasa, mengenal isu, serta membincangkan langkah penambahbaikan bagi memastikan pelaksanaan projek solar berjalan dengan lancar dan memberi manfaat sepenuhnya kepada Pusat Kesatria dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
 
Tujuan utama lawatan ini diadakan bagi mendapatkan maklum balas berkaitan pengoperasian sistem solar di Pusat Kesatria.
Lawatan ini disertai Pengarah Pusat Kesatria, Lt. Kol. Prof. Madya Mohd Jasmy Abd Rahman, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) JANA@UKM, YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Hussain, Ketua Pentadbiran Pusat Kesatria, Encik Hasaruddin Izewan Mohd Sharif, wakil JANA@UKM, wakil Pusat Kesatria dan wakil PV Hi Tech.