Lawatan Timbalan Pengarah Eksekutif ke Kaunter Gambar Konvokesyen di DTAMS

15 November 2022

Pada 14 November 2022 telah berlangsung lawatan oleh Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti & Digital) disertai juga Pn. Fatin Sarah Syed Zulkefli dan Pn. Wan Nor Azila Wan Mustafa@Wan Yahya, pegawai-pegawai JANA@UKM bagi meninjau perjalanan hari pertama pembukaan kaunter jualan gambar pentas dan studio untuk Majlis Konvokesyen UKM ke-50 yang diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh (DTAMS).