Majlis Konvokesyen UKM Ke-50 & Karnival Konvokesyen

2 Disember 2025

Majlis Konvokesyen UKM ke-50 dan Karnival Konvokesyen telah melabuhkan tirai pada 1 Disember 2022.
 
Kami dari JANA@UKM telah terlibat dalam beberapa jawatankuasa semasa Majlis Konvokesyen & Karnival Konvokesyen pada tahun ini yang terdiri daripada JK Jurugambar Pentas, JK Studio Gambar serta JK Karnival Konvokesyen. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terbabit termasuk para ibu bapa serta pengunjung yang hadir atas sambutan dan sokongan yang diberikan. Kehadiran kalian telah memeriahkan lagi majlis dan karnival konvokesyen pada kali ini.
 
JANA@UKM juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua graduan yang telah berjaya bergraduasi pada Majlis Konvokesyen UKM ke-50 pada tahun ini.