Sekitar sesi penyerahan replika kunci Kafeteria Richiamo Coffee Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi yang berlangsung di Akademia Siber Teknopolis UKM (AST). Majlis simbolik ini menandakan pembukaan rasmi kafeteria tersebut di UKM. Replika kunci telah diserahkan oleh YBrs. Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital), Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) kepada En. Adam Kassim, Pengarah Pemasaran Richiamo Coffee.
Turut hadir menyaksikan majlis ini ialah Prof. Madya Dr. Rabiah Abdul Kadir, Pengarah Institut IR4.0; Puan Safaniza Che Ani, Ketua Penolong Pendaftar JANA@UKM; Cik Najatulmuna Hamdan, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan Jabatan Pendaftar; En. Mujahid Abu Bakar, Ketua Pentadbiran Institut IR4.0; Cik Athirah Abdul Aziz, Pegawai Tadbir JANA@UKM; serta pegawai-pegawai dari JANA@UKM dan Institut IR4.0.
Richiamo Coffee telah memulakan operasinya pada hari ini, 31 Oktober 2022 (Isnin), dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.