Mesyuarat dan Lawatan Tapak Projek Perkhidmatan Solar telah diadakan di Pusat Kesatria Universiti Kebangsaan Malaysia

23 April 2025

Mesyuarat dan Lawatan Tapak Projek
 
Perkhidmatan Solar telah diadakan di Pusat Kesatria Universiti Kebangsaan Malaysia pada 22 April 2025.
 
Mesyuarat dan Lawatan Tapak ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh@Hussain, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) JANA@UKM.
 
Sesi ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Mohamad Zuber Abd Majid, Timbalan Pengarah Pusat Kesatria, Encik Hasarudin Izewan Mohd Sharif, Ketua Pentadbiran Pusat Kesatria, Encik Mohd Fadzil Zulkafli, Jurutera (Awam) JPP UKM, Puan Nasywa Sahrozi, Pegawai Tadbir JANA@UKM, wakil Pusat Kesatria, wakil Unit Awam JPP UKM, wakil Unit Elektrik JPP UKM dan pihak PV Hi Tech Solar Sdn Bhd.