Mesyuarat Penyediaan Prosedur Kerja Pelawaan Untuk Cadangan (RFP) UKM

24 April 2025

Mesyuarat Penyediaan Prosedur Kerja Pelawaan Untuk Cadangan (RFP) UKM
 
23 April 2025 (Rabu) – Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membincangkan dengan lebih terperinci berkaitan prosedur kerja RFP.
 
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Bahagian Pembangunan KPT, En. Muhammad Faizaruddin Jamaluddin.
 
Turut terlibat dalam mesyuarat ini adalah Penasihat Undang-Undang (PPUU); Pn. Hazlina Mohd Khalid, Timbalan Pendaftar UKM Kampus Kuala Lumpur; En. Adli Muhammad, Timbalan Pengarah Eksekutif JANA@UKM; YBrs. Prof. Madya Ar. Dr. Mohd Farid Mohamed dan YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh @ Hussain serta pegawai-pegawai JANA@UKM; Sr. Mohd Za’im Aziz, En. Mohammad Firdaus Ishak, En. Amirul Shafiq Ahmad Nubli, En Noor Irwan Amri dan Pn. Elmi Suraya Yahya.
Turut hadir, Pegawai Undang-Undang; Cik Wan Nor Izzati Wan Zainal Abidin.