Dengan hormatnya, merujuk perkara diatas.
Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:
NO. BIDAAN PENJANAAN: HPKK/KEW/BP/K001/2025
TAJUK BIDAAN: BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA BERKONSEPKAN FOOD & BEVERAGE FRANCHISE UNTUK TEMPOH 3 TAHUN DI HOSPITAL TUNKU AMPUAN BESAR TUANKU AISHAH ROHANI HOSPITAL PAKAR KANAK-KANAK UKM
KONSEP PERNIAAGAN: Food Beverage Franchise
SYARAT PENDAFTARAN: Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Kod Bidang: a) 040101 – Makanan & Bahan Mentah / Kering / Basah. b) 040102 – Makanan & Minuman (tin / botol & bungkus). c) 040103 – Makanan Bermasak (Islam)
TARIKH BUKA BIDAAN: 08 Ogos 2025 (Jumaat)
TARIKH, MASA DAN TEMPAT TAKLIMAT TAPAK: 20 Ogos 2025 (Rabu), 10.00 pagi. Bilik Mesyuarat Rekreasi Warga, Aras 1, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM.
Taklimat tapak adalah DIWAJIBKAN.
TARIKH DAN MASA TUTUP BIDAAN: 02 September 2025 (Selasa) sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Bahagian Perolehan, Jabatan Kewangan, HTCM.
Untuk makluman yang lebih lanjut, sila klik di pautan dibawah:
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bidaan ini boleh hubungi Puan Nor Farahi / Cik Nur Syahira di talian 03-9191 2073/2078.