​BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN ​KAFETERIA DI PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH PERNIAGAAN (UKM-GSB), UKM BANGI

IKLAN/HEBAHAN – BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH PERNIAGAAN (UKM-GSB), UKM BANGI

Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:

NO. BIDAAN PENJANAAN: UKM.GSB.200-4/2/1
TAJUK BIDAAN:BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH PERNIAGAAN (UKM-GSB), UKM BANGI

SYARAT PENDAFTARAN : 040103 – Makanan Bermasak (Islam)

TARIKH BUKA  BIDAAN: 16 Januari 2026 (Jumaat)

TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 23 Januari 2026 (Jumaat) pada 9.30 pagi. 
Berkumpul di Aras G, Blok Pentadbiran, Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (UKM-GSB), UKM Bangi.Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL. 

Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan.

Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.

TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 30 Januari 2026 (Jumaat) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

TARIKH DAN MASA TUTUP  BIDAAN:  03 Februari 2026 (Selasa) sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Encik Ahmad ‘Abqari Mohd Fadzil / Encik Muhammad Zawani Firas, Zainul Hisham di alamat e-mel: abqari99@ukm.edu.my / firas@ukm.edu.my.