Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:
NO. BIDAAN PENJANAAN : UKM.KPZ.400/7/2/1
TAJUK BIDAAN : BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN
(SILA RUJUK LAMPIRAN A) DI KAFETERIA, KOLEJ PENDETA ZA’BA, UKM BANGI
SYARAT PENDAFTARAN: Sila rujuk senarai Kod Bidang di LAMPIRAN 1
TARIH BUKA BIDAAN: 08 Disember 2025 (Isnin)
TARIKH, MASA, DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 15 Disember 2025 (Isnin) pada 10.00 pagi.Berkumpul di Kafeteria Kolej Pendeta Za’ba UKM Bangi.Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL. Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan. Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.
TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN: 22 Disember 2025 (Isnin) sebelum 5:00 Petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM).
TARIKH DAN MASA TUTUP BIDAAN: 23 Disember 2025 (Selasa) sebelum 12:00 Tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM).
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Encik Ahmad ‘Abqari Mohd Fadzil / Pn. Ruhil Haryati Abdul Karim di alamat e-mel: abqari99@ukm.edu.my / ruhilak@ukm.edu.my