Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Kementerian Kewangan Malaysia dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:
NO. BIDAAN PENJANAAN: UKM.SUK.200-4/3/1
TAJUK BIDAAN:
BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN MENGURUS, MENGOPERASI DAN MENYELENGGARA LAPANG SASAR GOLF UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
SYARAT PENDAFTARAN : 221507 – Kemudahan Awam/Sukan atau 221506 – Penyewaan & pengurusan
TARIKH BUKA BIDAAN: 08 Oktober 2025 (Rabu)
TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 22 Oktober 2025
(Rabu)pada 10.00 pagi. Berkumpul di Bangunan Lapang Sasar Golf UKM Bangi.
Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL.
Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan. Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.
TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 04 November 2025 (Selasa) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
TARIKH DAN MASA TUTUP BIDAAN: 05 November 2025 (Rabu) sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM).
Untuk makluman lebih lanjut berkenaan ini, sila klik dipauntan berikut:
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Encik Mohd Farid Dewan / Sr. Ts. Mohammad Firdaus Ishak di alamat e-mel: farid20@ukm.edu.my / srfirdaus@ukm.edu.my.