IKLAN/HEBAHAN BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KEDAI SERBANEKA DI ARAS 2 BANGUNAN PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG (PTSL), UKM BANGI.
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan untuk turut serta dalam bidaan seperti notis yang dilampirkan.
Tarikh Buka Bidaan Penjanaan: 15 Ogos 2023 (Selasa)
Tarikh dan Tempat Lawatan Tapak: 22 Ogos 2023 (Selasa) pada pukul 11:00 pagi. Berkumpul di depan Kedai Serbaneka di Aras 2, Bangunan Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), UKM Bangi.
Tarikh mula jual dokumen Bidaan Penjanaan oleh pihak JANA@UKM: 22 Ogos 2023 (Selasa) pada sebaik sahaja selesai sesi lawatan tapak.
Tarikh akhir jual dokumen Bidaan Penjanaan oleh pihak JANA@UKM: 29 Ogos 2023 (Selasa) sebelum pukul 5.00 petang mengikut jam di Pejabat JANA@UKM.
Nota: Memandangkan sesi lawatan tapak adalah diwajibkan bagi bidaan ini, dokumen bidaan penjanaan hanya akan dijual kepada syarikat yang hadir pada sesi lawatan tapak sahaja.
Tarikh tutup Bidaan Penjanaan: 30 Ogos 2023 (Rabu) sebelum pukul 12.00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
Pihak syarikat yang berminat untuk hadir perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan spesifikasi/teknikal atau lain-lain, pihak tuan/puan boleh bertanya kepada Pegawai di lokasi yang berkaitan semasa sesi taklimat/lawatan tapak.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk di sini:
NOTIS BIDAAN PENJANAAN KEDAI SERBANEKA DI ARAS 2 BANGUNAN PTSL UKM BANGI…
Sekian, terima kasih.