Notis Bidaan Penjanaan Bagi Menjalankan Dan Menguruskan Perkhidmatan Ruang Perniagaan Di Kolej Keris Mas, UKM Bangi [No.Bidaan Penjanaan : UKM.KKM.400-5/1/1]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

 

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan untuk turut serta dalam bidaan seperti notis yang dilampirkan.

 

Tarikh Buka Bidaan Penjanaan : 05 April 2022 (Selasa)

Tarikh Taklimat/Lawatan tapak :   14 April 2022 (Khamis) jam 10.00 pagi

Tempat berkumpul : Ruang Legar Kafetaria Kolej Keris Mas, UKM Bangi

Tarikh Tutup Bidaan Penjanaan : 26 April 2022 (Selasa) sebelum jam 12:00 tengahari

 

Pihak syarikat yang berminat untuk hadir perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Hanya seorang wakil sahaja yang dibenarkan untuk hadir dan telah di vaksin lengkap.

 

Sepanjang sesi taklimat/lawatan tapak adalah dinasihati untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:
a. Memakai pelitup muka;
b. Mengamalkan jarak sosial 1 meter; dan
c. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.

 

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan spesifikasi/teknikal atau lain-lain, pihak tuan/puan boleh bertanya kepada Pegawai di lokasi yang berkaitan semasa sesi taklimat/lawatan tapak.

 

KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

L01 – NOTIS Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Perniagaan di Kolej Keris Mas, UKM [UKM.KKM.400-5.1.1]

 

Sekian, terima kasih.