Notis Bidaan Penjanaan Bagi Menjalan & Menguruskan Perkhidmatan Kafeteria, Dobi Layan Diri, Kedai Percetakan, Fotokopi & Kedai Komputer Di UKM

Assalamualaikum w.b.t

Tuan/puan,

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan untuk turut serta dalam bidaan seperti notis yang dilampirkan.

Tarikh Buka Bidaan Penjanaan : 24 Ogos 2021 (Selasa)

Tarikh Taklimat/Lawatan Tapak: Mengikut penjadualan berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1

Tarikh Tutup Bidaan Penjanaan : 14 September 2021 (Selasa)

Sehubungan itu, kepada syarikat yang berminat untuk hadir sesi lawatan tapak mohon emailkan nama syarikat, nama dan nombor telefon selewat-lewatnya sebelum/pada 02 September 2021 (Khamis) kepada shahana@ukm.edu.my  untuk penjadualan berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1.

Sepanjang sesi taklimat/lawatan tapak adalah dinasihati untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:

a. Memakai pelitup muka;
b. Mengamalkan jarak sosial 1 meter; dan
c. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan spesifikasi/teknikal atau lain-lain, pihak tuan/puan boleh bertanya kepada Pegawai di lokasi yang berkaitan semasa sesi taklimat/lawatan tapak.

 

NOTIS  BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT :

  1. Kafetaria di Kolej Aminuddin Baki, UKM
    NOTIS L01 – Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Kafetaria di Kolej Aminuddin Baki, UKM [KAB 01.2021]
  2. Kafetaria di Kolej Ibrahim Yaakub, UKM
    NOTIS L01 – Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Kafetaria di Kolej Ibrahim Yaakub, UKM [UKM.KIY.200-4.4.3]
  3. Dobi Layan Diri di Kolej Dato’ Onn, UKM
    NOTIS L01 – Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Dobi di Kolej Dato Onn, UKM [UKM.KDO.400-5.1.1]
  4. Dobi Layan Diri di Kolej Tun Hussein Onn, UKM
    NOTIS L01 – Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Dobi di Kolej Tun Hussein Onn, UKM [UKM.KTHO.200-4.3.1]
  5. Dobi Layan Diri di Kolej Ibu Zain, UKM
    NOTIS L01 – Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Dobi di Kolej Ibu Zain, UKM [UKM.KIZ.400-8.6.1]
  6. Dobi Layan Diri di Kolej Rahim Kajai, UKM
    NOTIS L01 – Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Dobi di Kolej Rahim Kajai, UKM [UKM.KRK.400-5.1.1]
  7. Dobi Layan Diri di Kolej Burhanuddin Helmi, UKM
    NOTIS L01 – Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Dobi di Kolej Burhanuddin Helmi, UKM [UKM.KBH.400-7.2.5]
  8. Dobi Layan Diri di Kolej Ibrahim Yaakub, UKM
    NOTIS L01 – Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Dobi Di Kolej Ibrahim Yaakub, UKM [UKM.KIY.200-4.4.7]
  9. Kedai Percetakan dan Fotokopi di Kolej Ibrahim Yaakub, UKM
    NOTIS L01 – Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Percetakan dan Fotokopi di Kolej Ibrahim Yaakub, UKM [UKM.KIY.200-4.4.6 ]
  10. Kedai Komputer dan Fotokopi di Kolej Tun Hussein Onn, UKM
    NOTIS L01 – Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Kedai Komputer dan Fotokopi di Kolej Tun Hussein Onn, UKM [UKM.KTHO.200-4.3.1]

 

Sekian, terima kasih.