Pelawaan untuk Cadangan (RFP) Perkhidmatan Pengurus Acara Karnival Konvokesyen UKM Ke-50 dalam Kampus UKM Bangi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

 

YBhg. Prof. Ulung/Prof./Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

PELAWAAN UNTUK CADANGAN/REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) PERKHIDMATAN PENGURUS ACARA KARNIVAL KONVOKESYEN YANG KE-50 DALAM KAMPUS UKM BANGI

 

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Ulung/Prof./Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan selaku wakil pusat tanggungjawab dan anak syarikat UKM untuk menyertai pelawaan ini dan hadir ke sesi taklimat yang akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh : 30 Mei 2022

Masa : 9.00 pagi

Tempat: Bilik Bitara, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Iklan RFP Karnival Konvokesyen UKM ke 50

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Puan Nasywa di talian 03-8921 5025/ 017-3944616.

 

Sehubungan itu juga pihak tuan/puan yang berminat untuk menghadiri sesi taklimat ini adalah dinasihati untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:

  1. Memakai pelitup muka;
  2. Mengamalkan jarak sosial 1 meter;dan
  3. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.

Sekian, terima kasih.

 

Pusat Pengurusan Penjanaan (JANA@UKM)