Pemantauan Penyerahan Kad Prihatin Siswa oleh Pihak Pengurusan JANA@UKM

31 Oktober 2022

Lawatan YBrs. Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital) Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) ke Dewan Tun Abdullah Mohd, Salleh (DTAMS) bagi melihat sendiri proses penyerahan Kad Prihatin Siswa yang bermula pada 31 Oktober-06 November 2022. Pihak Pusat Pengurusan Akademik UKM (PPA) dan RHB Bank, selaku pihak yang dilantik akan sentiasa memberikan khidmat yang terbaik bagi membantu urusan penyerahan Kad Prihatin Siswa kepada pelajar-pelajar UKM.