Pembukaan Kuali Cafe@UKM di Aras 3, Pusanika UKM dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

21 Februari 2025

Pembukaan Kuali Cafe@UKM di Aras 3, Pusanika UKM pada Januari lalu yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dengan pembukaan Kuali Cafe@UKM melengkapkan lagi rejuvenasi Pusanika UKM dan sebagai sebuah destinasi yang akan menyatukan cita rasa semua warga UKM dengan kepelbagaian sajian yang menarik dan lazat.

Selain daripada kepelbagaian sajian, keistimewaan Kuali Cafe@UKM yang dinanti-nantikan oleh semua terutamanya dari kalangan pelajar adalah sajian Menu Rahmah.