Perbincangan dan Lawatan Tapak bagi Perancangan Pembinaan Bumbung Bangunan Pusanika UKM

30 Jun 2025

Perbincangan dan Lawatan Tapak bagi Perancangan Pembinaan Bumbung Bangunan Pusanika UKM telah diadakan di Bilik Gerakan HEPA, Aras 6, Bangunan Pusanika pada 30 Mei 2025.
 
Perbincangan dan lawatan ini dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital) JANA@UKM.
 
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Kepimpinan) HEP-UKM, Ts. Dr. Ahmad Firdaus Arham, Ketua Pentadbiran HEP-UKM, Encik Saidi Ismail, Ketua Unit Pentadbiran, Fasiliti dan Penjanaan, Puan Hazrin Adila Mohamad Hashim, Pegawai Tadbir JANA@UKM, Puan Nasywa Sahrozi, Penolong Jurutera (Unit Elektrik), Encik Mohd Faris Ismail, wakil HEP-UKM, wakil JANA@UKM dan pihak syarikat PV Hi Tech Solar Sdn Bhd.