Perbincangan Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria Bagi Bangunan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM

5 Jun 2025

Perbincangan Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria Bagi Bangunan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dibawah Peruntukan Kementerian Ekonomi.
 
Satu perbincangan dan lawatan tapak telah diadakan pada 4 Jun 2025 (Rabu) di Bilik Mesyuarat Jabatan Pembangunan Prasarana Kampus Kuala Lumpur bagi membincangkan projek pemasangan panel solar di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di bawah peruntukan Kementerian Ekonomi.
 
Perbincangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Eksekutif Pembangunan Pendapatan, YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Bin Hussain. Perbincangan ini turut dihadiri oleh En Mohamad Afiq (SEDA), Ir. Mohd Khairi (JKR), En. Nuriman (JKR), En. Mohd Farif (JPP KL), Dr. Halim Razali (SERI), Wakil JPP KL dan Wakil JANA@UKM.