Pada 29 Ogos 2025 (Jumaat), Bahagian Pembangunan Pendapatan, JANA@UKM bersama JPP Kampus Bangi & Cheras, ROSH-UKM serta Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) telah mengadakan sesi perbincangan bersama rakan industri bagi meneroka potensi penggunaan Battery Energy Storage Systems (BESS) di kampus UKM.
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada potensi penggunaan teknologi penstoran tenaga dan kecekapan tenaga dalam mengoptimumkan penjimatan tenaga kampus.
Melalui kolaborasi akademia–industri, UKM berhasrat melahirkan inovasi dalam bidang tenaga mampan yang dapat mempertingkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan memperkasa transformasi kampus UKM ke arah kampus sifar karbon.