Satu perjumpaan strategik antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Genom & Vaksin Malaysia (MGVI) telah diadakan pada 12 Mei 2022 bertempat di MGVI.
Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk membincangkan hala tuju kolaborasi dalam bidang penyelidikan dan akademik serta mengenal pasti peluang kerjasama dalam aspek pengurusan aset antara kedua-dua institusi.
Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana), UKM, dan turut dihadiri oleh tokoh-tokoh akademik dan pengurusan kanan dari kedua-dua pihak, termasuk:
Prof. Madya Dr. Mohd Ghows Mohd Azzam
Pengarah, Institut Genom & Vaksin Malaysia (MGVI), NIBM
Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad
Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM
Prof. Dr. Mohd Firdaus Mohd Raih
Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Fakulti Sains dan Teknologi, UKM
Prof. Dr. Abdul Munir Abd Murad
Timbalan Dekan (Siswazah), Fakulti Sains dan Teknologi, UKM
Prof. Madya Ar. Dr. Mohd. Farid Mohamed
Timbalan Pengarah Eksekutif (Strategi Pembangunan Hartanah), JANA@UKM
Perjumpaan ini telah membuka ruang kepada perbincangan mendalam mengenai potensi jalinan strategik dalam pembangunan penyelidikan vaksin, genomik, pemindahan teknologi serta pembangunan kemudahan makmal dan infrastruktur sokongan.
Hasil perbincangan menunjukkan komitmen bersama untuk meneroka peluang kolaborasi yang boleh memberi impak besar kepada ekosistem penyelidikan negara, selari dengan aspirasi Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara serta hala tuju strategik universiti.