Pengurusan Fasiliti dan Digital di JANA@UKM bertanggungjawab mengurus penyewaan ruang, fasiliti, dan ladang kelapa sawit bagi menjana sumber pendapatan mampan universiti. Bahagian ini terdiri daripada tiga unit utama iaitu Unit Ruang, Unit Fasiliti dan Ladang, serta Unit ICT.
Setiap unit memainkan peranan penting dalam memastikan penggunaan aset universiti dilaksanakan secara efisien dan optimum. Melalui pengurusan yang sistematik dan bersepadu, bahagian ini memastikan semua kemudahan berada dalam keadaan terbaik serta menyokong operasi organisasi secara menyeluruh.
Dengan pendekatan holistik dan berinovasi, Pengurusan Fasiliti dan Digital komited untuk memanfaatkan aset universiti secara strategik demi menyokong kelestarian kewangan dan memenuhi keperluan komuniti kampus serta pihak luar.
Menyediakan pelbagai ruang lengkap dengan kemudahan moden untuk acara universiti, kerajaan, korporat dan umum. Pengurusan sewaan dijalankan secara sistematik dengan sokongan teknikal serta fasiliti berkualiti bagi memastikan kelancaran setiap acara.
Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan fasiliti fizikal dan pengurusan ladang kelapa sawit sebagai salah satu sumber pendapatan universiti. Menyediakan kemudahan, sokongan operasi dan pelbagai ruang luar yang sesuai untuk aktiviti akademik, penyelidikan, serta komuniti.
Mengurus dan menyelenggara infrastruktur digital serta sistem ICT di JANA UKM bagi memastikan operasi berjalan lancar. Unit ini turut menyokong transformasi digital melalui penyediaan sokongan teknikal, pembangunan sistem, dan perkhidmatan berasaskan teknologi terkini.