Unit Sewaan Ruang

Bahagian Sewaan Ruang di bawah Pengurusan Fasiliti dan Digital JANA@UKM menyediakan pelbagai pilihan ruang yang lengkap dengan kemudahan moden untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis acara. Ruang-ruang ini terbuka untuk penyewaan oleh warga universiti, agensi kerajaan, badan korporat, serta komuniti umum.

Antara perkhidmatan sewaan ruang yang ditawarkan termasuklah penyewaan tapak kafeteria, kios, kedai serbaneka, dobi, mesin layan diri (vending machine), dan pelbagai lagi kemudahan lain. Penyediaan ruang-ruang ini bukan sahaja memenuhi keperluan harian warga kampus seperti pelajar dan staf, malah turut membuka peluang kepada usahawan kecil dan sederhana untuk menjalankan perniagaan mereka dalam persekitaran yang strategik. Secara tidak langsung, inisiatif ini dapat menjana sumber pendapatan tambahan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta menyokong pembangunan ekosistem keusahawanan yang lebih mampan di dalam kampus.

Jenis-Jenis Ruang yang Disediakan

Hubungi Kami