Perladangan UKM
Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) merupakan pusat perkhidmatan yang menguruskan Ladang Kelapa Sawit di Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM). Terdapat tiga (3) lokasi Ladang Kelapa Sawit milik UKM iaitu:
-
- UKM, Bangi, Selangor;
- Pusat Penyelidikan Biodiesel UKM, Kuala Pilah, Negeri Sembilan; dan
- UKM, Kampus Teluk Intan, Perak.
Pada masa kini, Ladang Kelapa Sawit UKM, Bangi dibuka untuk tempahan bagi penganjuran aktiviti/program yang bersesuaian dan lokasi ini juga sering menjadi tumpuan oleh pihak luar. Pelbagai aktiviti/program yang pernah dianjurkan di Ladang Kelapa Sawit adalah seperti berikut:
- Larian Go Green 10K – anjuran UKM;
- Larian Bangi Wonderland – anjuran Centrisoh & Bangi Wonderland;
- Lokasi penggambaran filem – sembil9n;
- Acara berbasikal MTB SUKIPT – anjuran SUKIPT; dan
- Latihan pacuan empat roda 4X4 – anjuran NIOSH.
Sebarang tempahan ataupun pertanyaan maklumat lanjut mengenai tempahan Ladang Kelapa Sawit UKM, Bangi, sila hubungi:
Pegawai Bertanggungjawab : En. Muhammad Shazwan Mohd Shahadan
E-mel : muhammadshazwan@ukm.edu.my
Tel : 03 8921 3092/5304/4519