JANA@UKM telah membantu Pusat Perhubungan Alumni UKM untuk mendapatkan rakan strategik bagi cadangan mewujudkankan Kad Kredit/Debit Alumni UKM melalui proses Pelawaan Untuk Cadangan atau Request For Proposal (RFP).
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan kerjasama Affin Bank Berhad telah memperkenalkan Kad Kredit/ Debit Alumni UKM AFFIN mulai 16 November 2022 untuk kegunaan alumni serta alumni bersekutu.
Kad ini dilancarkan khusus untuk memberi penghormatan dan penghargaan kepada alumni. Ia diperkenalkan untuk menonjolkan identiti alumni UKM dan mewakili jalinan sepanjang hayat alumni bersama alma mater mereka.
Melalui kad ini, alumni serta alumni bersekutu dapat menikmati banyak keistimewaan yang ditawarkan oleh UKM dan Affin Bank.