SALAM ISRAK MIKRAJ DIUCAPKAN BUAT SEMUA WARGA UKM.
27 Rejab 1444H.
Selamat memperingati Peristiwa Israk & Mikraj kepada seluruh umat Islam terutamanya untuk warga UKM.
URUTAN RINGKAS PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM ISRAK DAN MIKRAJ KE ATAS RASULULLAH SAW.
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada bulan Rejab iaitu 27 Rejab setahun sebelum hijrah menurut jumhur ulama. Ia juga berlaku setelah kewafatan isteri baginda Rasulullah S.A.W, Saidatina Khadijah R.A. dan bapa saudaranya, Abu Talib.
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada satu malam di mana boleh dibahagikan kepada dua fasa :
FASA 1 : Israk – Perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
FASA 2: Mikraj – Perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.


